mana pergi?

Sunday, April 26, 2009

setiap kali aku lalui detik gembira,aku akan berfikir sejenak.adakah aku akan ingat detik yang sedang aku lalui ni selepas setahun akan datang?adakah aku akan ingat lagi nama dan muka2 yang sedang bergelak tawa dengan aku pada waktu ni selepas setahun dari sekarang?adakah aku akan melalui lagi detik seperti ini pada masa akan datang?cuba untuk recall memori2 lepas tapi hanya beberapa yang berjaya.tu pun yang tak berapa manis.

selepas berfikir tanpa dapat jawapan,aku sambung bergelak tawa kerana lawak ala budak2 sekolah rendah oleh member2 aku.gelak seperti esok dah tak boleh gelak dah.riuhnya kalah sorakan yang keluar dari speaker tv di kedai.

kalaulah aku boleh masukkan memory card dalam kepala untuk save semua benda.kan senang.tiada masalah ingatan.tapi dah jadi cyborg.





lokasi:habeeb,lepas tengok man u menang 5-2. wiwits.

2 comments:

hamba allah 4:19 AM, May 01, 2009  

teringatkan aku akan mase2 yang lalu.. :(

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP