ultraman tiga

Friday, February 4, 2011

semalam sepatutnya bukan hari untuk menghabiskan masa dari pagi ke petang dengan membaca buku. semalam sepatutnya adalah hari untuk keluar meronggeng atau bersuka ria sehingga ke lewat malam sampai lemau. semalam hampir dimusnahkan oleh penjahat yang tidak asing bagi kaum pelajar iaitu si buku dan encik exam tetapi terima kasih kepada red bull saya kembali bertenaga untuk menghiduplan semula mood untuk saki baki hari semalam. mungkin kerana terlalu high akibat penangan redbull (saya) dan kacip fatimah (dia),kami telah berduet lagu2 hit awie di tengah2 library tanpa segan silu dan menyanyi dengan sepenuh perasaan (dengan suara yang rendah tentunya). dua makhluk high menyanyi beberapa lagu dan kemudian bergelak-tawa berdekah-dekah sampai macam lupa objektif datang library. terima kasih, hari semalam dapat diselamatkan dan saya suka walaupun hanya untuk tempoh masa yang singkat.te quiero


*nak tau apa itu rantai jealousy?tunggu next post!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP