sawang rawang

Tuesday, September 27, 2011

hai hai hai dah lama rasanya tidak menulis dalam blog yang kosong lagi terbiar ini. bukan apa, semenjak dua menjak ni(yeke?cuba tgk last post bila?) saya teramatlah busy dengan kehidupan di dalam dunia yang fana ini.tak percaya?tak percaya sudah nama kau dolah ***** kau sebelah.kadang2 terlampau busy nya saya ni, hingga nak duduk bilik nak on laptop pun tak sempat kerana jadual yang padat lebih padat dari jadual Dato sri Najib.

hari ni saya sudah bermula bekerja part time disebuah syarikat terkenal dikalangan.....(lawak shaz).kerja apa?alahai segannya nak bagitau orang pekerjaan saya yang tidak mendatangkan hasil ini.ok lah,saya bagi perumpamaan yang hampir2 dengan actual job yang saya lakukan ye?kerja saya umpama seorang nelayan yang baik,ikhlas,amanah,budiman,cekal,damai,ehsan,fikrah ahhh dan lain2 kelas di sekolah dulu.rezeki daya bergantung kepada ikan2 yang saya dapat.mungkin disebabkan saya amik paper statistics sem ni,saya rasa tuhan memberikan saya ujian probabilities antara dapat dan tak dapat kerana itu adalah apa yang saya alami hari ini.kalau rezeki saya baik,maka banyak lah ikan yang saya dapat dan bila lebih banyak ikan saya dapat maka lebih banyak lah wang yang saya peroleh.ikan2 ni pula jauh perjalanannya dari nun di US sana tu.ini betul serious tak tipu.tetapi masalahnya bila US dilanda taufan,kami turut terkena tempiasnya dan saya adalah salah seorang insan yang kurang bernasib baik di hari pertama pekerjaan.(mesti korang tak paham kan?).akan tetapi, terdapat beberapa kes dimana ada insan2 murah rezeki di tempat kerja yang mendapat pedapatan agak lumayan.InsyaAllah dengan berkat,usaha dan doa daripada anda semua,saya juga mungkin mendapat rezeki seperti mereka.

sebagai salah seorang bakal akauntan,saya mestilah bijak dari segi time management, cost effective. dan great at decision making (tengok slides).setelah dudk berangan dan buat tree diagram (Alhamdulillah berkat belajar statistic),saya telah visualize probabilities yang mungkin saya hadapi dengan setiap keputusn yang saya buat.kalau saya ulang-alik dari bangi ke cyber seiap hari,saya juga akan terpaksa berbelanja duit minyak pergi balik ferrari saya dalam rm10 dan kos makan paling cikai rm6 which totals to rm16/dayX(14 hari bekerja)=rm224.berbaloi kah?jika saya stay hostel dan hanya balik pada waktu weekends, rm10X2(dua kali balik utk 2 minggu) + rm6X14hari=rm94.ini bermaksud saya dapat save rm130!Jadi setelah buat comparison antara dua option ni,Saya memilih option untuk stay hostel.HAHA anda mesti fikir macam sengal je kan benda ni pun nak tunjuk ke?suka hati saya lah ni blog saya dan saya tak tau nak tulis apa dah!by the way,ada je orang dekat tempat kerja yang tidak cost effective dan hanya merugikan diri mereka dengan datang bekerja.

kerja ni somehow agak bagus.teringin nak ajak Nirmjo dan mamat cas2 pastore untuk bekerja sekali.nanti lah akan cerita dengan mereka!Assalamualakum!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP